Cara Bina Website Jualan Mudah Closing
Bagaimana Cara buat website jualan mudah closing ? Sebelum
itu..apakah website jualan dan apakah tujuannya?
Website jualan atau lebih dikenali dengan halaman jualan (Sale page) yang sempurna adalah yang mengutamakan prospek dengan memusatkan perhatian khusus keperluan dengan nilai-nilai keperluan bakal pelanggan bagi meyakinkan mereka bahawa produk atau perkhidmatan anda adalah yang terbaik didalam pasaran sedia ada.
Jum lihat Contoh Sale page yang sempurna [CONTOH]
Anda telah melihatnya? Sale page ini hanya menumpukan atau
menjelaskan kepada prospek bahawa akan menyelesaikan masalah pada mereka yang
kurang mahir melakukan konten didalam media sosial serta cara mendapatkan
follower dan view secara organik bagi mengurangkan kos pemasaran yang berbayar
seperti pengiklanan.
Jadi siapa yang singgah sahaja yang ada masalah tersebut ia
akan berfikir dari tajuk dan isi kandungan ditulis serta testimoni yang
diberikan, percayalah prospek akan berfikir dan berfikir akhirnya mereka akan
mengambil keputusan untuk mendapatkannya.
Lebih-lebih lagi headline yang memfokuskan (PAIN) masalah prospek hadapi dan lebih menarik perhatian lagi disertai dengan testimoni real dari pelanggan-pelanggan terdahulu akan menguatkan lagi krediabiliti dimata prospek anda.
Bina Website Jualan Mudah Closing
Faktor lain yang menjadikan sale page sempurna adalah susunan yang teratur dan jangan sesekali meletak pop-up yang menganggu prospek anda membaca keseluruhannya yang anda jelaskan didalam sale page.
Keutamaan anda adalah menarik pelawat yang masuk untuk
singgah dan memujuk agar mereka membaca jauh kedalam sehingga ke penghujungnya.
Dalam membina Salepage ( Halaman Jualan ) kelajuan loading adalah sangat penting serta paparan mobile (mobile responsive) diutamakan kerana peratusan tinggi pelawat melawati sale page hanya menggunakan smartphone mereka sahaja.
3 Perkara yang perlu ada didalam Sale page (Halaman Jualan) yang benar-benar closing
- Dalam membina Salepage ( Halaman Jualan ) kelajuan loading adalah sangat penting serta paparan mobile (mobile responsive) diutamakan kerana peratusan tinggi pelawat melawati sale page hanya menggunakan smartphone mereka sahaja, pemilihan CMS adalah sangat penting terutama didalam membina sale page, CMS yang terbaik adalah Wordpress tetapi agak teknikal untuk anda membina sale page dan payment gateway.
CMS mudah dibina dan dikendalikan adalah Onpay yang semua arahannya adalah berbahasa melayu, boleh menukar domain sendiri, tersedia payment gateway system dan percuma untuk 90 hari.
- Menulis (Copywriting) adalah perkara yang sangat penting menentukan hasil jualan anda didalam sale page, anda perlu menangani perkara yang diperlukan oleh prospek yang berkaitan dengan perkara yang anda jual atau perkhimatan anda, berikan gambaran jelas apakah yang mereka inginkan sebagai contoh sale page yang diberikan sebelum ini “ Bina Konten wajib masuk fyp” semestinya mereka perlukan idea konten yang selalu viral tapi pastikan janji anda boleh ditepati sepertimana anda janjikan.
1. Menulis copywriting bukan hanya sekadar janji yang menjaminkan andai tidak bersandarkan kajian kes dan testimoni kerana prospek menilai dari testimoni dan kajian kes untuk membuat keputusan dan tindakan mereka, sebab itu anda selalu melihat sale page memaparkan banyak testimony diberikan dan diselitkan awal dengan kajian kes terdahulu untuk membuktikankeberkesanan dan keberhasilan.
Ringkasan:
Semestinya anda inginkan yang masuk ke sale page anda terus
mengambil keputusan untuk membeli ya …semua orang mengidamkan sebegitu rupa
Oleh itu jadikan sale page anda
üSale page
anda tertumpu pada PAIN prospek anda serta diselitkan tip-tip percuma yang
boleh mereka lebih minat membaca
üSusunan
atur, font, background color, photo yang menarik secara visual agar pelawat
kekal membaca dengan relax
üBuktikan..buktikan..buktikan
nilai anda dengan testimony dan kajian kes
üSale page
jangan terlalu ringkas, tugasan anda perlu meyakinkan prospek untuk membeli.
Anda dapat sesuatu? Cara buat website jualan mudah closing, Nak tahu lebih lagi cara menulis copywriting sale page anda mengikut niche? Sila Whatsapp kami sekarang!